Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 Peringkat Daerah Marang telah diadakan pada 15 April 2019 (Isnin). Majlis perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Rosol bin Wahid, Ahli Parlimen Hulu Terengganu bertempat di Institut Latihan Perindustrian Marang, Kampung Bukit Parit. Turut hadir Puan Hamizatul Azura binti Hamzah, Pengarah ILP Marang. Seramai Read More

Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan Merentas Desa MSSD Marang telah diadakan pada 19 Januari 2019 bertempat di SK Bukit Sawa, Marang.

Tahniah Encik Wan Roslan bin Wan Ramli

  Alhamdulillah… Bendera PPD Marang bekibar di Everest Base Camp tepat jam 3.35 petang waktu Nepal pada 29 November 2018. Tercapai hasrat untuk meletakkan bendera PPD Marang di EBC dan menghapkan PPD Marang mencapai pencapaian yang tertinggi sebagaimana tingginya bendera yang berkibar di EBC, inshaallah…(Wan Roslan bin Wan Ramli, PPPD Read More

Lawatan Unit Pengurusan Maklumat, JPN Pulau Pinang

Unit Pengurusan Maklumat, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan ke Pejabat Pendidikan Daerah Marang pada 6 September 2018. Lawatan diketuai oleh Tuan Haji Mohd Roslan bin Darus, Ketua Pengarah Unit Pengurusan Maklumat, SPMICT, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Majlis Perjumpaan Penerima-Penerima BKYT

Majlis perjumpaan penerima-penerima Biasiswa Kecil Yayasan Terengganu telah diadakan pada 3 Mei 2018 bertempat di SMK Pengkalan Berangan. Majlis telah disempurnakan oleh YB Haji A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri.

Perayaan Hari Guru

Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Marang telah diadakan pada 23 April 2018 di Dewan Besar Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Perasmian oleh Yang Berhormat Haji A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri.  

Pelantikan Baru

Tahniah kepada Encik Mat Nasir bin Draman atas pelantikan sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Murid Menengah). Penyerahan surat pelantikan oleh Tuan Haji Mohamad Nawawi bin Rani, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Marang pada 22 April 2018.

Pesta Pantun Peringkat Negeri

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Pantun Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga dan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serating yang telah menjadi johan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kedua-dua pasukan ini akan mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan di Melaka.

Karnival Futsal

Tahniah kepada pasukan Futsal Pejabat Pendidikan Daerah Marang, naib johan Karnival Futsal sempena Perayaan Hari Guru 2018 peringkat negeri Terengganu. Tahniah juga kepada Encik Saidi bin Salleh yang menerima hamper sebagai penjaring terbanyak enam gol.