Tahniah Sekolah Kebangsaan Jenang

 

 

 

 

Alhamdullilah…syukur ke hadrat Ilahi kerana SK Jenang telah mendapat Anugerah Perak dalam Pertandingan Anugerah Tandas 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan. Anugerah ini akan disampaikan oleh Menteri Kesejateraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada 9 Disember 2017 di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor Darul Takzim.

 

Konsep tandas di SK Jenang telah menggunakan konsep planet dalam sistem suria. Tandas-tandas telah dilabelkan mengikut planet seperti Utarid, Uranus, Musytari, Marikh, Zuhrah dan Zuhal. Info-info tentang planet yang dipilih telah ditampal dan dihiasi dengan lukisan sistem suria serta penambahan sudut-sudut bahan bacaan.

 

Walaubagaimanapun, konsep kebersihan dan kefungsian alat-alat di dalam tandas merupakan eleman yang ditekankan. Kita telah memastikan alat-alat di dalam tandas berada dalam keadaan baik dan sentiasa dipantau oleh petugas. Pelabelan ditampal mengikut kefungsian dan ditambah dengan inovasi oleh jawatakuasa tandas dengan rekacipta pembungkus sanitari daripada suratkhabar.

 

Tahniah diucapkan kepada Encik Khairil Amin bin Mohamed, Guru Besar SK Jenang, guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, PIBG dan semua murid di atas kejayaan ini.

Contacts:
Posted by: ruzlan on

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *