Majlis Pecah Tanah PPD Marang


Majlis Pecah Tanah Pejabat Pendidikan Daerah Marang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia pada 8 Februari 2018.

Dengan pembinaan bangunan baru PPD Marang ini sudah tentu membuktikan bahawa Kerajaan kita pada hari ini merupakan Kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan yang menunaikan janji dan penuh akauntabiliti. JANJI DITEPATI.

Kerajaan kita merupakan kerajaan yang tidak bercakap kosong, dan sentiasa memberi keutamaan kepada agenda utama iaitu PENDIDIKAN. Ini terbukti dengan pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Marang yang menelan belanja RM8.4 juta dan dijangka siap pada bulan Julai 2019. Saya difahamkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Marang memberikan perkhidmatan kepada 21,047 orang murid, 2,099 orang guru, dan 43 buah sekolah. Secara tidak langsung pula, ia memberi khidmat kepada 105,100 orang penduduk daerah Marang yang meliputi empat Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Marang.
Mudah-mudahan dengan kemudahan dan prasarana pendidikan ini, Terengganu sebagai sebuah negeri yang sentiasa mendepani pencapaian pendidikan negara dalam akademik dan kokurikulum dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang .
Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid
Menteri Pendidikan Malaysia
8 Februari 2018; Majlis Pecah Tanah Pejabat Pendidikan Daerah Marang, Terengganu.

Pejabat Pendidikan Daerah Marang, Terengganu; Pelaburan Pendidikan.

Contacts:
Posted by: ruzlan on

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *