Karnival Futsal

Tahniah kepada pasukan Futsal Pejabat Pendidikan Daerah Marang, naib johan Karnival Futsal sempena Perayaan Hari Guru 2018 peringkat negeri Terengganu. Tahniah juga kepada Encik Saidi bin Salleh yang menerima hamper sebagai penjaring terbanyak enam gol.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah Marang telah diadakan pada 10 April 2018 (Selasa) di Dewan Serbaguna Bangunan Arkeb FRU Wakaf Tapai. Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri. Seramai 196 orang telah menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Perhimpunan Bulanan PPD Marang

Perhimpunan Bulanan Kali ke 2/2018 diadakan di Pejabat Tanah Daerah Marang dan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mat Azmi bin Arshad, Pegawai Daerah Marang.

Pelantikan Baru

Tahniah kepada Encik Mohd Azman bin Busu di atas pelantikan sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Marang ( Perolehan dan Aset ) di Pejabat Pendidikan Daerah Marang.

Majlis Pecah Tanah PPD Marang

Majlis Pecah Tanah Pejabat Pendidikan Daerah Marang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia pada 8 Februari 2018. Dengan pembinaan bangunan baru PPD Marang ini sudah tentu membuktikan bahawa Kerajaan kita pada hari ini merupakan Kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan yang menunaikan janji dan penuh akauntabiliti. Read More

Kejohanan Merentas Desa MSSD Marang 2018

Kejohanan Merentas Desa MSSD Marang telah diadakan pada 25 Januari 2018 bertempat di Dewan Majlis Daerah Marang. Perasmian pelepasan peserta oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Penyelaras Dun Rhu Rendang. Perasmian penutup oleh Tuan Haji Mohamad Nawawi bin Rani, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Marang. Read More

Perhimpunan Bulanan Bil 1/2018

Perhimpunan Bulanan Bil 1/2018 dengan tema Pengantarabangsaan Kemenjadian Murid telah diadakan pada 16 Januari 2018. Perhimpunan Bulanan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Azman bin Othman, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Perhimpunan Bulanan Bil 6/2017

Perhimpunan Bulanan Pejabat Pendidikan Daerah Marang kali ke 6 telah diadakan pada 4 Disember 2017. Slot Bicara Pagi telah disampaikan oleh Encik Kamarulzaman bin Ismail, Pengetua SMK Pengkalan Berangan. Ucapan perasmian oleh Encik Mohd Adnan bin Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Marang.

Lawatan PPD Seberang Perai Utara

  Lawatan Muhibbah PPD Seberang Perai Utara ke PPD Marang pada 26 November 2107 diketuai oleh Encik Mohd Rafei bin Yaacob, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Lawatan Perkongsian Pintar Prasekolah

    12 November 2017-Ahad. Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah mengadakan Lawatan Perkongsian Pintar Prasekolah ke daerah Marang. Sekolah yang telah dilawati ialah SK Batangan dan SK Seberang Marang. Terima kasih dan tahniah kepada pengurusan SK Batangan dan SK Seberang Marang.