Kem STEM anjuran bersama Exxon Mobil UKM

14 November 2017-Selasa. Majlis perasmian penutup Kem STEM anjuran bersama Exxon Mobil UKM telah disempurnakan oleh Encik Mohd Adnan bin Salleh, Pegawai Pendidikan Daerah Marang. Kem bermula pada 12 hingga 14 November 2017. Tahniah diucapkan kepada Encik Abdullah bin Sulong, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Kurikulum) dan semua jawatankuasa yang terlibat.

Pemantauan Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Selasa-14 November 2017. Pemantauan Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) peringkat negeri Terengganu bil 3 tahun 2017 melibatkan daerah Marang. Sekolah yang terlibat dengan pemantauan ialah SMK Bukit Sawa dan SMK Tun Telanai. Pegawai yang terlibat dengan pemantauan ialah Encik Md Sani bin Latip (Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Penilaian Kompetensi), Dr. Ibrahim bin Mohamed Zin (BPPK), Encik Mohd Faizul Firdaus bin Mohd Zulkifli (BPPK).

Turut sama ialah Puan Fatimah Norbani binti Ali (JPNT). Tahniah diucapkan kepada pengurusan SMK Bukit Sawa dan SMK Tun Telanai di atas kerjasama yang diberikan.

Tahniah Sekolah Kebangsaan Jenang

 

 

 

 

Alhamdullilah…syukur ke hadrat Ilahi kerana SK Jenang telah mendapat Anugerah Perak dalam Pertandingan Anugerah Tandas 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan. Anugerah ini akan disampaikan oleh Menteri Kesejateraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada 9 Disember 2017 di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor Darul Takzim.

 

Konsep tandas di SK Jenang telah menggunakan konsep planet dalam sistem suria. Tandas-tandas telah dilabelkan mengikut planet seperti Utarid, Uranus, Musytari, Marikh, Zuhrah dan Zuhal. Info-info tentang planet yang dipilih telah ditampal dan dihiasi dengan lukisan sistem suria serta penambahan sudut-sudut bahan bacaan.

 

Walaubagaimanapun, konsep kebersihan dan kefungsian alat-alat di dalam tandas merupakan eleman yang ditekankan. Kita telah memastikan alat-alat di dalam tandas berada dalam keadaan baik dan sentiasa dipantau oleh petugas. Pelabelan ditampal mengikut kefungsian dan ditambah dengan inovasi oleh jawatakuasa tandas dengan rekacipta pembungkus sanitari daripada suratkhabar.

 

Tahniah diucapkan kepada Encik Khairil Amin bin Mohamed, Guru Besar SK Jenang, guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, PIBG dan semua murid di atas kejayaan ini.

Majlis Perasmian Program Susu 1Malaysia

 

 

 

29 Oktober 2017 (Ahad) – Majlis perasmian Program Susu 1Malaysia peringkat negeri Terengganu 2017 telah disempurnakan oleh YB Dato’ P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1 bertempat di SK Jerong, Marang, Terengganu (Sekolah Amanah Malaysia). Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Program Motivasi

Program Motivasi Inspirasi SPM Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) peringkat negeri Terengganu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Kerajaan Negeri pada 26 Oktober 2017 di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan STPM 2017 Yayasan Terengganu

Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan STPM 2017 Yayasan Terengganu telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Kerajaan Negeri pada 23 Oktober 2017 bertempat di Auditorium Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai. Seramai 211 pelajar Tingkatan Enam menerima bantuan berkenaan.